Privacy Policy
This notice explains how Calvary Convention Centre (CCC) handles the personal data you give us, as Malaysia’s Personal Data Protection Act 2010 requires.
What We Collect
We collect the details you send through our booking request form, or give us by email or phone:
- your name, mobile number, email address and the address for your offer letter
- the name of the organisation you book for, if you book for one
- your event details: the type of event and its description, dates, times, number of guests, food and audio-visual needs, and your budget
- files you upload with your request, such as a programme brief or a technical rider
Required fields on the form are marked. We need them to answer your request, and without them we can’t send you an offer. The other fields are optional.
How We Use It
We use your details only to process your booking request: to reply to it, prepare an offer letter and, if you book, plan your event with you.
We never sell your details, and we pass them to third parties only when the law requires it, for example to the police or a court. The companies that host and maintain this website and handle our email process the data for us, and only as we instruct.
How Long We Keep It
We keep booking requests until you ask us to delete them.
How We Protect It
Booking requests are stored in the website’s database and emailed to our marketing team. Only our staff, the team that maintains the website and the companies above can access them. The website uses an encrypted connection (HTTPS).
Your Rights
You can ask us to:
- show you the personal data we hold about you
- correct it if it is wrong or out of date
- stop using it, or delete it, if you withdraw your consent
- send your personal data to another organisation you choose, where that is technically possible
You can also ask us to stop using or delete the details of anyone else you name in your booking request. If you give us someone else’s details, please tell them about this notice.
To make a request, or with any question or complaint about your personal data, email [email protected] or call +603 8999 5532. We act on your request within 21 days of receiving it.
Cookies and Videos
This website sets no advertising or tracking cookies. WordPress sets cookies only for staff who log in to edit the site.
Videos on this website are hosted on YouTube. They load from youtube-nocookie.com only after you tap play, and from then on YouTube’s own privacy policy applies. Links to Google Maps and other websites lead to services with their own privacy policies.
Changes to This Notice
We may update this notice. The date below shows when it last changed.
Last updated: 26 September 2026
Language
This notice is also given in Bahasa Malaysia below.
Dasar Privasi
Notis ini menerangkan cara Calvary Convention Centre (CCC) mengendalikan data peribadi yang anda berikan kepada kami, seperti yang dikehendaki oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang Kami Kumpul
Kami mengumpul butiran yang anda hantar melalui borang permintaan tempahan kami, atau yang anda berikan melalui e-mel atau telefon:
- nama, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel anda, serta alamat untuk surat tawaran anda
- nama organisasi yang anda wakili, jika anda membuat tempahan bagi pihak organisasi
- butiran acara anda: jenis dan keterangan acara, tarikh, masa, bilangan tetamu, keperluan makanan dan audio-visual, serta bajet anda
- fail yang anda muat naik bersama permintaan anda, seperti ringkasan program atau senarai keperluan teknikal (tech rider)
Ruangan wajib dalam borang ditanda. Kami memerlukannya untuk menjawab permintaan anda, dan tanpanya kami tidak dapat menghantar tawaran kepada anda. Ruangan lain adalah pilihan.
Cara Kami Menggunakannya
Kami menggunakan butiran anda hanya untuk memproses permintaan tempahan anda: membalas permintaan itu, menyediakan surat tawaran dan, jika anda menempah, merancang acara bersama anda.
Kami tidak sekali-kali menjual butiran anda, dan kami hanya menyerahkannya kepada pihak ketiga apabila dikehendaki oleh undang-undang, contohnya kepada polis atau mahkamah. Syarikat yang mengehos dan menyelenggara laman web ini serta mengendalikan e-mel kami memproses data tersebut bagi pihak kami, dan hanya mengikut arahan kami.
Tempoh Penyimpanan
Kami menyimpan permintaan tempahan sehingga anda meminta kami memadamkannya.
Cara Kami Melindunginya
Permintaan tempahan disimpan dalam pangkalan data laman web dan dihantar melalui e-mel kepada pasukan pemasaran kami. Hanya kakitangan kami, pasukan yang menyelenggara laman web ini dan syarikat yang dinyatakan di atas boleh mengaksesnya. Laman web ini menggunakan sambungan yang disulitkan (HTTPS).
Hak Anda
Anda boleh meminta kami untuk:
- menunjukkan data peribadi yang kami simpan tentang anda
- membetulkannya jika data itu salah atau tidak terkini
- berhenti menggunakannya, atau memadamkannya, jika anda menarik balik persetujuan anda
- menghantar data peribadi anda kepada organisasi lain yang anda pilih, jika ini boleh dilakukan secara teknikal
Anda juga boleh meminta kami berhenti menggunakan atau memadamkan butiran orang lain yang anda namakan dalam permintaan tempahan anda. Jika anda memberi kami butiran orang lain, sila beritahu mereka tentang notis ini.
Untuk membuat permintaan, atau untuk sebarang pertanyaan atau aduan tentang data peribadi anda, hantar e-mel kepada [email protected] atau hubungi +603 8999 5532. Kami akan mengambil tindakan atas permintaan anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh kami menerimanya.
Kuki dan Video
Laman web ini tidak menetapkan kuki pengiklanan atau penjejakan. WordPress menetapkan kuki hanya untuk kakitangan yang log masuk untuk mengemas kini laman web.
Video di laman web ini dihoskan di YouTube. Video dimuatkan daripada youtube-nocookie.com hanya selepas anda menekan butang main, dan selepas itu dasar privasi YouTube sendiri terpakai. Pautan ke Google Maps dan laman web lain membawa anda ke perkhidmatan yang mempunyai dasar privasi masing-masing.
Perubahan pada Notis Ini
Kami mungkin mengemas kini notis ini. Tarikh di bawah menunjukkan tarikh notis ini kali terakhir diubah.
Kemas kini terakhir: 26 September 2026
Bahasa
Notis ini juga diberikan dalam bahasa Inggeris di atas.
